TIPS MEMILIH KAIN LANGSIR
Tidak
dinafikan peranan langsir dalam dekorasi rumah kediaman amat penting.
Jika dahulu langsir hanya dianggap sebagai pendinding yang menghalang
cahaya matahari, namun kini langsir menjadi antara peranan utama dalam
menghasilkan gaya hiasan dalam sesebuah kediaman. Lantaran itu, anda
disarankan agar memilih kain langsir yang betul bagi mencipta suasana
keselesaan di rumah anda.
1) TENTUKAN BAJET
Terdapat
pelbagai jenis dan rekaan corak langsir di pasaran. Ada yang murah dan
ada juga yang mahal bergantung kepada jenis dan kualiti kain langsir
berkenaan. Namun, semuanya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.
Apa yang patut diberi tumpuan adalah langsir tersebut bertepatan dengan
tema rumah anda dan cukup dengan peruntukan yang disediakan.
2) BUAT UKURAN DAN PILIH REKAAN
Selesai
menentukan kain langsir mengikut kehendak anda, langkah seterusnya
adalah mengukur dimensi tingkap atau pintu gelongsor (sliding door)
anda dengan betul. Gunakan pita pengukur atau tali untuk mengukur
panjang dan lebar bahagian tersebut. Sekiranya anda tidak pasti,
dapatkan bantuan pembantu jualan untuk membuat ukuran dan memilih rekaan
terkini. Mereka yang arif dalam perkara ini pasti dapat menyelesaikan
kekeliruan anda.
3) PILIH CORAK DAN WARNA YANG SESUAI
Jika
hiasan dalaman rumah anda bertemakan sesuatu yang ringkas dan kemas,
pilih corak abstrak atau corak yang terhad. Corak bermotifkan
bunga-bungaan misalnya mampu menghasilkan elemen segar dan harmoni.
Warna kain langsir turut menyumbang impak besar kepada ruang kediaman
anda.
Oleh
itu, anda harus bijak memilih warna yang sesuai. Kebiasaannya,
warna-warna gelap seperti hitam akan membuatkan ruang rumah anda
kelihatan kecil dan padat. Manakala warna cerah dan terang pula akan
menghasilkan ruang yang lebih luas. Paling utama, corak dan warna
langsir anda perlu selari dengan warna perabot dan hiasan lain.
4) AKSESORI TAMBAHAN
Penggunaan
aksesori tambahan seperti labuci dan manik merupakan rekaan kain
langsir masa kini. Tujuannya untuk memberi kesan dramatik kepada hiasan
dalaman rumah anda. Pilih yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Alat
pengikat langsir yang menarik dan mempunyai pelbagai bentuk juga boleh
dipadankan bersama bagi menaikkan lagi seri kediaman.
No comments:
Post a Comment