PETIKAN DARI: LOVESHINE CREATIONS
PANDUAN MEMILIH LANGSIR
LANGSIR PENYERI KEDIAMAN
* Kecil dan bulat.
Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu. Tingkap bentuk
ini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan dengan
kaca bercorak.
*Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan di tepi
pintu. Ia
membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu. Tetapi orang ramai
yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah. Bagi mengelakmasalah itu,
gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.
* Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau kondominium.
Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk keluar ke
beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir yang banyakjika hendak menutup dengan langsir.
Lebih
ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta bolehdibuka dan
ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai jenis ini lebih
menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya
matahari.Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna
atau jenis perabot.
* Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas tetapi perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh
langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir
Tips Pemilihan Jenis Kain Untuk Langsir
Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela
Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan
dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi
sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.
Paling
penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supayalangsir dan
jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlumengetahui bentuk
tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.
Bentuk Tingkap:-
Tirai Tingkap Casement
Bentuk
tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihanlangsir.
Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuktingkap yang
lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).
Tirai Pelmet Tingkap Sorong & Tingkap Bay
Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit
ringkas
tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi
tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet
(papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh
dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas.
Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya
secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap,
pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.
Jenis Langsir:-
Rekaan
langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu
kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali
leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh
digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan
renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan
scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan
langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai
menggunakan kain jenis satin.
Rekaan
langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun
tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan
seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.
Bagi ruang
dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan.Oleh itu
dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur
biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu ‘mewah’ dengan kedutan sesuai
dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka
potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.Rekaan langsir harus
disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan
bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang
tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau
dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada
langsir berkenaan.Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas
menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana
romantik dan damai.
Bagi rumah
kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit
kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan
terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar
hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang
kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan
menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana
mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.
Jenis Fabrik:-
Lazimnya,
fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran
kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar
juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan
lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang
diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
Tips lain :-
Apa yang
penting kemampuan dan pengetahuan mengenai berbagai fesyen langsir
terbaru dipasaran. Untuk tujuan penjimatan belilah langsir dari jenis
fabrik yang mahal sedikit, sediakan sekurang-kurang dua set langsir
dirumah dan perlu kreatif jika ingin menggunakan semula kain langsir
lama.
Warna
selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi
warna itu menjadi simbol ketenangan. Merah, jingga dan kuning pula
memberi tenaga. Jika anda mempunyai anak yang agak lasak, disyorkan
tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan
kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan
biru lembut.
Untuk ruang makan, boleh gunakan warna merah kerana ia mampu
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
Langsir memainkan peranan bagi melengkap konsep dekorasi ruang dan pelindung cahaya matahari kepada penghuni kediaman.
Kemasan
langsir digayakan mengikut tema atau konsep penataan ruang
kediaman.Konsep hiasan juga mengambil kira rekaan, warna dan corak
langsir pilihan.
Jika belum bercadang menukar langsir baru, anda masih boleh
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
Tingkap yang kecil atau sempit boleh diolah bagi menampakkan keluasan lebih lebar dengan memasang langsir yang lebih besar.
Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.
Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.
Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.
Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.
Tip dan Panduan Memilih Langsir
Tip dan Panduan Memilih Langsir
Pilihan
langsir yang tepat dan sesuaiadalah penting untuk memberikan keselesaan
dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi
langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia
menjadi sebahagian aspek
penting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:
1. Tentukan anggaran bajet dan belanja
Kain
langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal,
bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di
bawah RM10 semeter dan ada
yang
sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda
ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia
selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda
minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6
meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak
RM300?
2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu
aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir,
perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan
sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis
secara ringkas bentuk segiempat
tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi
(panjang x
lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut
dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam
bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.
3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika
dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak
lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak
antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak
moden. Ada warna terang dan
ada yang
gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda
boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia
kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up.
Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan
sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak
jinak
dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang
mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan
mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.
5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas
terakhir
yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.Pastikan
perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap.
Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai
bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan
ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang
menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali
ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga
RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.
………………………………………………
INFO: Panduan Memilih Langsir
- Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
- Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
- Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
- Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
- Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap
No comments:
Post a Comment