3 Faktor Utama Pemilihan Fabrik Langsir
Selepas memutuskan gaya hiasan kediaman barulah boleh memilih rekaan
kemasan tingkap yang hendak diketengahkan dan seterusnya mencari fabrik
yang mahu digunakan untuk membuat langsir.
1. Jenis Fabrik
Pertimbangkan suasana bilik. Untuk ruang yang lebih rasmi eloklah
digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang
mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah
campuran rayon sutera dan kapas.
Bagi suasana lebih santai memadai menggunakan langsir kain linen,
baldu lembut dan kapas campuran. Gayakannya dengan hiasan tambahan pada
bahagian kepala langsir untuk membawa kesegaran dan keindahan kepada
gaya gaya yang ringkas.
2. Warna Fabrik
Pilihan rona langsir bergantung kepada gaya hiasan dalaman ruang.
Anda boleh pilih sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna cerah
dinding atau pastel yang bukan warna dominan di ruang terbabit.
Memilih warna garang atau terang boleh menarik perhatian dan mampu
memberi kesan yang menakjubkan. Perlu di ingat bahawa di ruang yang
menerima kemasukan cahaya matahari menembusi langsir juga akan
menghasilkan ilusi menarik.
3. Corak
Jika sesuatu ruang sudah dipasang dengan kertas dinding bercorak
penuh maka eloklah menggantung langsir polos agar tidak menimbulkan
kesan serabut.
Begitulah sebaliknya jika dinding polos bolehlah memilih fabrik bercorak untuk langsir.
Elak menggunakan fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian!
ANJUNG SERI, SEPT 2013.
No comments:
Post a Comment