Tuesday, January 31, 2017

CURI BLOG..





Assalamualaikum...

Kepada semua pelanggan yang dihormati....

Peringatan supaya berhati-hati....

Blog saya telah di 'copy right' oleh satu blog yang lain tanpa keizinan dari saya.  Saya tak pasti apa tujuan di 'copy right' sehingga sedemikian rupa, dicedok dari setiap sudut yang sama,  cuma bezanya tajuk blog dan email kepada yang berkenaan sahaja berbeza...kalau setakat gambar sikit2 tu tak ada masalah... tapi hampir keseluruhan dari hasil blog di ciplak....

Samada bertujuan memang benar-benar nak ambil tempahan atau sekadar menerima pembayaran semata-mata..tanpa hasil tempahan......Astaqfirullahhalazim..minta dijauhkan...Carilah kesenangan dengan jalan yang diredhai....Berkat dunia dan akhirat...

Secara kebetulan hari ini saya sedang melihat2 contoh skirting meja di laman internet, terperasan satu blog bernama "UPAH JAHIT MURAH"... saya teliti dan saya amati betul2 bait2 ayat dan gambar2 di dalam blog tersebut sebijik diciplak dari blog saya...Aduhaiiiii...

Ini blog yang saya maksudkan.....


http://upahjahitermurah.blogspot.my/2016/03/tempahan-skirting.html


Saya telah membuat laporan Polis bagi mengelak kes teraniaya. 


Sekian  harap maklum....Terima kasih.

Assalamualaikum....

Kak Sarkina
22 Januari 2017

No comments: