Wednesday, September 11, 2013

KENANGAN TRAGIS - 21 MEI 2013

Pada pagi Selasa, bertarikh 21 Mei 2013, lebih kurang jam 4.00 pagi, aku bangun awal untuk menyiapkan sepasang baju seorang teman seperti yang dijanjikan.  Entah mengapa aku merasa amat gelisah sekali dan terasa payah untuk menyiapkan sepasang baju tersebut sedangkan sebelum ini ianya merupakan perkara biasa di dalam rutin hidupku. Aku  tidak dapat meneruskan hajat untuk menyiapkan baju tersebut, aku biarkan saja di atas meja potongan.  Lalu aku kembali merebahkan diri semula, namun masih juga tidak keruan. Gusar dan tak dapat digambarkan betapa resah, gelisah, tidak seronok, bosan dan semuanya begitu terasa menyakitkan...

Jam menunjukkan kira-kira pukul 5.30 pagi... aku bangun semula setelah mata tak mampu dilelapkan lagi.  Masih lagi termenung sambil menanti azan Subuh.  Aku berkira-kira sendiri samada untuk pergi ke tempat kerja atau tidak memandangkan hati yang tidak tenang dan resah gelisah.  Terasa bosan sekali untuk ke pejabat hari ini.

Tapi bila difikirkan aku telah berjanji dengan anak sulongku Musyaznie untuk mengambilnya di pagi ini di Kolej Eon untuk datang study kat Library, dan memandangkan rutin harian aku, menghantar anak bongsu ke Sekolah Sintok, jadi aku batalkan saja niatku untuk Emergency Leave hari ini.

Selesai mandi, sembahyang Subuh dan menyediakan pakaian serta minuman pagi untuk anak dan suami tersayang, akupun menyiapkan diri juga untuk ke pejabat walaupun hatiku terasa ngilu.... entah mengapa...

Sepanjang perjalanan, aku tetap merasa gelisah. Selesai menghantar anak bongsuku ke sekolah, aku teruskan perjalanan untuk mengambil anak sulongku kerana hari ini beliau tidak ada kuliah, separuh jalan, aku menelefonnya terlebih dahulu, jawapannya dia terlewat bangun dan minta aku terus saja ke pejabat dan beliau akan berjalan kaki ke Library lewat sedikit...   Terasa menyesal juga aku datang hari ini bila anak tidak jadi datang bersama aku....

Sampai ke office kira-kira jam 7.30 pagi, masih awal tapi aku terus saja masuk ke dalam office kerana terasa malas untuk ke kantin dahulu seperti biasa.  Di office, aku tetap juga terasa tidak tenang dan sangat-sangat tidak menyeronokkan, terasa hampa... Hari itu pula teman-teman office Aza, Mun, Izani, Abang Hadi terlibat dengan aktiviti Library hanya tinggal aku dengan Ju sahaja. 

Oleh kerana terlalu gelisah, gundah gulana, aku mengambil keputusan untuk menutup telinganya dengan ear phone sambil didendangkan dengan iringan Asmaul Husna kira-kira 6-7 kali ulangan supaya dapat menenangkan aku...agak terasa ok aku teruskan dengan laungan surah yasin kira-kira 5 kali ulangan, dan alhamdulillah dapat menenangkan aku seketika... Lalu aku lucutkan semula ear phone dari telingaku setelah aku merasa jiwaku kembali tenanggg...

Dalam lebih kurang kul 9.00 pagi seorang teman pencuci projek Imah telah datang kepadaku dan beliau memaklumkan aku bahawa tayar kereta Pesonaku disebelah belakang telah pancat.  Aku agak terharu kerana terasa beliau sangat baik hati kerana sanggup bersusah payah datang memberitahuku dan memaklumkan untuk lebih jelas beliau terus mampir ke keretaku untuk memastikan tayar keretaku  memang bocor, aku begitu terharu kerana mempunyai teman yang sangat prihatin.  Terima kasih Imah.  Entah mengapa terasa air mata bergenang di mataku setelah Imah pergi... Hai perasa sungguh aku hari ini... Entah mengapa.. aku masih tertanya-tanya....

Setelah mendapat khabar dari Imah, akupun terus menelefon suamiku untuk memaklumkan keadaan keretaku dan beliau berjanji akan datang memperbaikinya.  Kira-kira dalam pukul 11.00 pagi seorang lagi sahabatku dari JPP iaitu Joe telah menelefonku memberitahu hal yang sama kerana waktu itu beliau sedang menjalankan tugas di belakang Library hampir dengan tempat aku meletakkan kereta.  Terharu lagi aku untuk kali keduanya... seorang lagi teman begitu prihatin, menelefonku... Terima kasih Joe..  

Kira-kira jam 12.30 tengahari suamiku menelefon memberitahu bahawa beliau sudah sampai ke tempat aku parking kereta.  Dalam kira-kira jam 12.50 tengahari akupun turun untuk melihat suamiku  menanggalkan tayar untuk di hantar ke kedai.  Dalam kul 1.15 tengahari aku ke Bangunan CAS untuk mengambil kain dari Rosni, tetapi hari itu kawanku Rosni ke KL dan aku mengambilnya dari Kak Milah. Terima kasih Kak Milah kerana bersusah payah turun berjumpaku..

Suamiku menghantar aku semula ke office, selepas itu beliau meneruskan untuk memperbaiki tayar kereta di kedai Lan berhadapan perumahan kakitangan UUM.  Aku berjumpa dengan anakku sebentar di tepi Bilik Bacaan Pintar dan minta beliau menemani suamiku nantinya untuk memasang semula tayar, takut2 orang tak nampak, terlanggar suamiku...

Lalu aku naik semula ke office kira-kira jam 1.50 tengahari.  Hatiku kembali agak gelisah semula.  Entah mengapa... masih mencari jawapan...  Selesai sembahyang zohor aku meneruskan semula kerja2ku.  Tiba2 telefon berdering, aku mengangkatnya rupa2nya anak buahku Ta  ingin bercakap denganku sehinggalah aku tidak sedar waktu berlalu begitu pantas, tiba-tiba Ju bangun sambil mengalas begnya, aku terasa hairan, aku berhenti bercakap lalu bertanya Ju hendak ke mana, kata beliau hendak balik, kak tak mahu balik lagi ke... katanya... baru aku perasan jam sudah menunjukkan kira-kira jam 5.15 petang... Selalunya aku balik awal kerana hendak mengambil anakku yang bongku di sekolah kerana hari ini beliau ada Ko-K.  Jadi akupun menamatkan perbualanku dengan Ta dan bergegas turun ke bawah kerana anak sulungku sedang menanti di bawah untuk di hantar ke kolej terlebih dahulu.

Aku terus ke kereta dengan anakku sambil bercakap-cakap dengannya aku bertanya, "tak nak balik ke rumah ke hari ini", anakku menjawab hari ini agak sibuk, banyak assignment kena buat" ok tak pe aku kata dan tak seperti biasanya, aku selalunya menghantar beliau melalui jalan ke Klinik untuk terus ke kolej Eon, tetapi hari ini aku menukar arah, dan aku melalui jalan ke Pusat Konvensyen untuk ke kolejnya.  Begitu juga selalunya bila keluar dari kolej aku membelok ke kiri untuk mengambil jalan ke sebelah klinik semula, tetapi hari ini aku membelok ke sebelah kanan dan terus melalui jalan ke JPP dan keluar melalui belok tersebut sedangkan sebelum ini bagi aku laluan tersebut agak lambat..  Tetapi hari ini aku terasa jalan tersebut mudah sekali kerana bila sampai ke Pos Pengawal, Pengawal terus melambaikan tangan kesebelah belok kami untuk teruskan perjalanan.  Bila sampai ke pusingan bulatan depan Pos Pengawal, aku berkira-kira di dalam hati untuk memaklumkan kepada suamiku nantinya bahawa gear 2 agak susah nak masuk.  Aku teruskan perjalanan untuk mendapatkan anak bongsu pulak yang kira-kiranya sudah agak lewat hari ini..

Aku teruskan perjalanan dengan kelajuan kira-kira 90-100 km untuk  ke Sekolah Sintok tanpa memakai tali pinggang keledar.  Sampai ke pusingan U berhadapan dengan tangki air UUM, tiba-tiba sebuah trekter yang datang dari arah kebun getah di sebelah kiri, telah menghalang jalanku.  Aku membrek dengan tiba-tiba kerana tiada lagi laluan selamat di hadapanku.  Trekter tersebut membelok jalanku, dan aku tidak bisa lari lagi ke mana-mana.  Aku membrek lebih kurang dalam 100m tetapi sayangnya masa telah dijanjikan, takdir kegelisahanku hari ini terjawab di situ.. aku hanya mampu melepaskan stering dan menyelamatkan diri dengan mengangkat tanganku untuk  menutupi diriku tanpa bantuan tali pinggang keledar juga tiada airbag dan hanya mampu berserah waktu itu dengan hanya sekali laungan  "Allah Hu Akbar".

Dentuman yang paling dahsyat aku rasakan waktu itu, tak dapat digambarkan, namun untuk beberapa seketika aku tersedar semula dari kengerian itu dengan melihatkan diri aku sendiri samada terluka atau patah  di mana-mana, dan alhamdulillah di waktu itu, tidak ada apa yang menyakitkan atau meresahkan aku cuma tudung dan anak tudungku terlucut dari kepala dan telefon bimbitku jatuh di kaki.  Aku mencapai telefon bimbitku untuk menelefon suamiku memberitahu beliau bahawa aku accident.  Tetapi waktu itu, keretaku dibuka oleh seseorang, rupanya anak saudaraku sedang mengikuti keretaku dari arah belakang waktu itu. Sukri meminta aku supaya keluar dari kereta, seperti tidak ada terasa apa2 berlaku aku keluar dengan mengambil beg tanganku.  Diluar baru aku sedar betapa ramainya orang dan kereta kew panjang kerana aku.  Sewaktu itu baru aku melihat keretaku, wahhh... remuk redam di hadapan keretaku.  Terasa macam bermimpi saja... Yang menghairankan aku sendiri, di mana rasa kegelisahan  aku hari ini... pelikkk... kenapa aku terasa tenang sekarang sedangkan aku berhadapan dengan maut sebentar tadi.  MasyaAllah...

Astaqfirullah halazim, waktu itu aku terasa betapa KebesaranNya Yang Maha Esa.... betapa bila kita selalu mengingatiNya, walaupun  diuji dengan begitu hebat namun sifat Ya Rohman Ya RohimNya  sangat menusuk dijiwa... Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk mengenal  makrifatMu..


Keadaan keretaku remuk di bahagian hadapan dan  akuuu.... diluar dugaan hanya sekadar luka di siku .  Sewaktu itu apa yang ada di fikiranku hanyalah bagaimana cara untuk mengambil anak bongsuku dari sekolah kerana keretaku sudah remuk di hadapan, walaupun sudah berulang kali diyakinkan oleh anak buahku bahawa anakku mereka yang akan urus, tetapi selagi tidak nampak di hadapanku, aku masih teringatkannya. Aku dibawa oleh anak buahku ke PKU dengan menaiki keretanya.  Betapa gelisahnya mereka kerana takut aku mendapat luka dalaman, tetapi alhamdulillah aku tidak terasa apa-apa.  Terima kasih bagi petugas hari itu yang menjahit luka di sikuku dengan 7 jahitan, seorang adik yang sedang hamil waktu itu, terlupa namanya....   Sehinggalah kira-kira jam hampir 7.00 petang barulah anakku yang sulung dan yang bongsu sampai ke PKU melihat aku mendapat rawatan.  Aku lihat anak2ku wajah gelisah melihatku, tetapi aku menyakinkan mereka aku tiada apa2. Tidak lama kemudian suamiku sampai dari pejabat Pos Alor Setar.  Terima kasih semua kepada anak2 buahku yang bersusah payah membantuku, Keri, Ta, Iran, Kin. dan rakan2 yang sempat datang ke PKU melihatku, Mun, Shira, Aida, Lan dll lagi yang tak dapat disebutkan di sini... Terasa diri dihargai...

Dalam pukul 7.30 petang, sewaktu pulang di PKU, UUM, aku dan suami  berhenti di tempat kejadian untuk mengambil barang-barang yang tertinggal di dalam kereta. Syukur alhamdulillah semuanya masih ada kerana pihak Keselamatan UUM begitu perihatin dengan menolong menyimpan barang2ku..  Sewaktu itu aku dimaklumkan bahawa mereka yang ada di situ telah memukul pemandu terekter tersebut,  tetapi entah mengapa aku terasa sedih pula kerana bagi aku masa telah dijanjikan, dia juga tidak sengaja walaupun sememangnya terlalai di waktu itu... Takdir telah dijanjikan, kita tidak dapat mengelaknya.... Tapi katanya dah banyak kali kelalaian itu berlaku di situ.... jadi aku redha je lah dengan keprihatinan kawan-kawan, terima kasih semuaaa... Hanya Allah SWT dapat membalasnya...

Inilah keadaan keretaku...  Jika ada masa aku akan meneruskan cerita ini lagi...

 






Tuesday, September 10, 2013

ROMAN BLIND 1

 

 


Paten yang menjadi 'kegemaran' peminat-peminat langsir yang sukakan gaya moden, ringkas dan kemas.



Paten Roman Blind biasanya sesuai untuk tingkap yang menghadap matahari terbit bagi menghalang bahang yang panas dari memasuki rumah kita.  Paten roman blind juga membolehkan kita menentukan berapa banyak cahaya yang kita perlukan untuk memasuki ruang kediaman.  Sangat sesuai untuk tingkap bilik, ruang  yang kecil, dapur dan tingkap yang mempunyai 1 panel.


Paten roman blind juga tidak menggunakan banyak kain kerana tiada kedutan atau lipatan yang banyak dalam proses jahitannya.  Akan tetapi harganya agak mahal kerana kos 'track' yang tinggi, iaitu sekaki RM25 (complete set- siap besi tengah), anggaran lebar tingkap 1 panel ialah 2kaki tetapi harga ‘track’ dikira dari 4 kaki ke atas, jadi kos untuk roman blind track ialah RM100.  Harga upah jahit paten roman blind pula, sekaki RM20.


Walaubagaimanapun, peminat paten Roman Blind pasti tidak hampa kerana hasilnya sangat memuaskan dan mampu mengubah suasana kediaman anda menjadi labih bergaya dan menarik :).  Ditambah lagi dengan pemilihan fabrik yang sesuai. 







ROMAN BLIND 2

RB1

RB2

RB3

RB4



RB5

RB6

RB7

RB8

RB9

RB10

RB11

RB12

RB13


Cantik kan ?  Bolehlah cuba paten Roman Blind di rumah anda.  Pasti bergaya dengan paten moden ini...:)
Tempah sekarang!

CONTACT @ SMS KE 0125450832 / whatsapp ke 0125692597 (KAK KINA)

Saturday, September 7, 2013

SET TILAM BABY

Sarung Tilam Baby

Sila beri ukuran panjang dan lebar tilam, panjang sarung bantal serta ukur lilit bulatan, panjang dan lebar bantal pendek dalam ukuran inci.

Upah jahit sahaja:  2 biji bantal pendek, 2 biji bantal panjang, 1 cadar (tiada ropol) = RM30.00
                                                                                                         (beropon) = RM45.00

Upah jahit termasuk kain cotton: kuantiti yang sama di atas (tiada ropol) = RM60.00
                                                                                          (beropol)  = RM75.00 (kain yg. sama)